Monday, February 22, 2016

1:08 AM

AMBUYAT @ LINUT

Ambuyat atau linut merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang Rumbia atau sagu.Ianya merupakan sejenis makanan tempatan di Negeri Sarawak,Negara Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan juga Sabah

Ambuyat juga dikenali dengan nama lain seperti linut dan kapurung ( Bugis ) .Selain itu ianya juga dikenali sebagai papeda di Timur negara Indonesia.

Ambuyat kebiasaannya dimakan dengan menggunakan sejenis garpu buluh yang dipanggil candas, dengan cara menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sambal atau dimakan dengan pelbagai jenis lauk pauk.


 Gambar di atas hanyalah sebagai hiasan dan cadangan untuk hidangan ambuyat atau linut selain dari anda boleh mempelbagaikan lauk pauk mengikut citarasa anda.

Resipinya satu set hidangan ambuyat atau linut yang menjadi cadangan saya adalah adalah seperti berikut.                                                      

RESEPI AMBUYAT @ LINUT

1 kg (6 cawan) sagu rumbia
Air panas yang baru dimasak
1 liter (4 cawan) air

CARA MEMBUATNYA

Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.

Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.

Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih. 

Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat
 (seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak). 

CARA ALTERNATIF

Tepung sagu dicampurkan dengan air

masak di atas kuali dengan api yang sederhana sehingga menjadi likat dan jenih.


RESEPI SAMBAL BELACAN UNTUK AMBUYAT/LINUT

1 Ketul belacan bakar Cili padi / Cili biasa (ikut pedas yang dikehendaki)
Perasa Sedikit Gula Jus Limau secukupnya

* Anda boleh masukkan 
sedikit bawang merah dengan isi udang ( direbus/dibakar )

CARA MEMBUATNYA

Masukkan semua bahan dalam lesung batu atau blender pun boleh

Tumbuk / kisarkan sehingga lumat.

Siap.

Bahan C

500 g (60 pokok) pucuk paku, dibersihkan dan dipetik
3 g (1/2 sudu teh) garam
10 g (1 sudu makan) minyak sayuran
20 g (3 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih ditumbuk
10 g (1 sudu makan) belacan
125 ml (1/2 cawan) air
1 biji cili merah (dihiris) untuk hiasan - See more at: http://suhailasyahida.blogspot.my/2015/01/resepi-linut-atau-ambuyat.html#sthash.l1z8YouX.dpuf
Bahan C

500 g (60 pokok) pucuk paku, dibersihkan dan dipetik
3 g (1/2 sudu teh) garam
10 g (1 sudu makan) minyak sayuran
20 g (3 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih ditumbuk
10 g (1 sudu makan) belacan
125 ml (1/2 cawan) air
1 biji cili merah (dihiris) untuk hiasan - See more at: http://suhailasyahida.blogspot.my/2015/01/resepi-linut-atau-ambuyat.html#sthash.l1z8YouX.dpuf

RESEPI SAYUR PUCUK PAKU / SAYUR MIDIN

500 g (60 pokok) pucuk paku (pucuk midin) dibersihkan dan dipetik
3 g (1/2 sudu teh) garam
10 g (1 sudu makan) minyak sayuran
20 g (3 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih ditumbuk
10 g (1 sudu makan) belacan
125 ml (1/2 cawan) air
1 biji cili merah (dihiris) untuk hiasan

CARA - CARA MEMBUATNYA

Panaskan minyak di kuali 

Tumis bawang putih,bawang merah dan belacan

Masukkan sayur pucuk paku dan garam. 

Tambah 1/2 cawan air. 

Masak hingga empuk. 

Hiaskan dengan cili merah.


RESEPI IKAN MASAK GULAI

600 g ikan putih/tongkol/tenggiri/kurau/senangin ( telah disiang dan dipotong )
*40 g (5 ulas) bawang merah
*10 g (2 ulas) bawang putih
*10 g (2 sm) kunyit hidup              
*10 g (2 sm) halia
*3 g (5 biji) cili padi /cili biasa mengikut
 30 g (2 batang) serai, diketuk
5 g (5 keping) asam keping
9 g (1 sudu teh) garam
625 ml (2 cawan) air
Saya tambah terung asam.

CARA- CARA MEMBUATNYA

Bahan bertanda * ditumbuk kasar

Masakkan bahan - bahan di dalam periuk bersama-sama dengan bahan-bahan lain. 

Rebus sehingga masak.

mudah kan ?

Ambuyat atau linut ini sesuai dimakan ketika masih panas atau baru diangkat dari dapur.saya mencadangkan anda memasak lauk pauk terlebih dahulu kemudian barulah anda membuat ambuyat atau linut.

Ambuyat atau linut kebiasaannya dimakan menggunakan candas yang berbentuk seperti garfu yang diperbuat daripada buluh atau anda boleh menggunakan cara anda sendiri dengan menggunakan sudu atau garfu ataupun chopsticks.


Sumber di sini dan sini


SELAMAT MENCUBA

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU