Monday, February 22, 2016

1:12 AM

RESEPI LEMPENG LEMANTAK / TUMPIK

Lemantak atau Tumpik mengikut sebutan Sarawak merupakan salah satu makanan tradisional Negeri Sarawak terutama kepada Masyarakat Melanau di Negeri Sarawak.Lemantak yang dihasilkan dari Pokok Rumbia atau Sagu yang merupakan makanan utama masyarakat Melanau bermula pada suatu masa dahulu.

Terdapat juga kepercayaan masyarakat menghormati makanan Lemantak ini kerana ianya adalah makanan yang menjadi penyelamat masyarakat ketika zaman penjajahan Jepun di Borneo suatu ketika dahulu sehingga wujud panggilan "Semandin "di kalangan masyarakat di Sarawak kerana dipercayai mengundang kempunan sekiranya kita ingin terasa nak makan tetapi tidak merasa/ makan makanan ini.

Makanan ini juga mendapat nama jolokan yang lain seperti Pizza Sarawak atau Pizza Tumpik.

Berikut saya kongsikan Resepi Mudah Lempeng Lemantak ini.Untuk menggantikan intinya bolehlah menggunakan apa sahaja bahan mengikut citarasa anda.Namun perkongsian pada kali ini saya menggunakan Udang sebagai Inti

BAHAN - BAHAN ASAS

1 Cawan Tepung Lemantak
1/2 Cawan Kelapa Parut
Secubit Garam / secukupnya

INTI / PERASA
Cadangan adalah seperti Udang,Gula Merah,Ikan Lumi ( Lumek ) Hati ikan pari dan apa sahaja yang anda rasa sesuai.


CARA - CARA MEMBUATNYA
 
1. Gaulkan Lemantak, kelapa dan garam sehingga rata.


2. Panaskan kuali leper atau pan.


3.Sesetengah sumber mencadangkan anda memercikkan air ke kuali sebelum memasak lempeng lemantak/  
   tumpik

4. Tabur dan ratakan sesenduk adunan lemantak seperti lempeng.

5. Taburkan Inti atau perasa mengikut citarasa anda


6. Lipat dua lempeng lemantak anda apabila cukup masak.
 
7. Lempeng Siap dihidangkan.

Selain dari versi lempeng terdapat juga dalam bentuk lain seperti pais yang mana menggunakan pucuk daun muda dan dibakar sehingga masak.Inti tetap sama...

Sesetengah tempat di Sarawak, lempeng lemantak/tumpik dibuat kosong tanpa inti untuk dimakan bersama sirap gula apong/gula melaka untuk hidangan sarapan pagi / minum petang.

Sedikit info tentang tepung lemantak adalah ianya merupakan bahan ramuan asas yang boleh dijadikan pelbagai bentuk bahan berasakan sagu yang lain.Antaranya adalah ambuyat @ linut , Biji Sagu,Serbuk Sagu/ Sagon serta banyak lagi bahan yang lain seperti kuih tebaloi dan sebagainya.


Credit : HomeCreation

 SELAMAT MENCUBA


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my




0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU