Monday, February 22, 2016

9:52 AM


RESEPI SUP GEARBOX BY RAHSIAHAWA

BAHAN - BAHAN

● Tulang Gear-Box / atau tulang bahagian lain lembu
● halia 2 inci - diketuk
● bawang puteh 3 ulas - diketuk
● 2 bungkus sup bunjut
● rempah 4 sekawan: buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
● bawang goreng
● sehiris perahan limau nipis
● daun sup




CARA - CARA MEMASAKNYA


1. Rebus tulang sampai empuk (tips nak cepat empuk masukan biji kurma, insyaallah empuk dlm 2 jam atau ikut petua kami terdahulu)


2. Masukkan sup bunjut, rempah sup, halia dan bawang puteh. Teruskan memasak menggunakan api yang kecil.


3. Sementara itu buat bawang goreng, angkat.


4. Keluarkan minyak biar tinggal sedikit sahaja, kemudian goreng rempah 4 sekawan. Tutup api.


5. Masukkan rempah 4 sekawan yang digoreng bersekali dengan minyak yang melekat di kuali itu ke dalam periuk rebusan tulang di dapur satu lagi.


6. Perasakan dengan garam, masukkan sedikit bawang goreng, tutup periuk dan tutup api dapur.


7. Panaskan balik sup sebelum mula menghidang.


8. Dalam mangkuk besar, perahkan air asam limau nipis dan taburkan daun sup serta bawang goreng selebihnya di atas sup gear box tu....




AZLAN RUMADI
 www.azlanrumadi.blogspot.my

0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU