Wednesday, June 22, 2016

11:05 AM

RESEPI TART BUNGA/ KELOPAK
.
BAHAN-BAHANNYA :
.
120 gm marjerin
130 gm mentega
60 gm gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
50 gm tepung jagung*
50 gm tepung kastard*
300 gm tepung gandum*(*digaul rata dan ayak)
Jem nenas secukupnya
.

CARA MEMBUATNYA :
.
Putar marjerin, mentega, gula aising, kuning telur dan vanilla hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga manjadi doh yang lembut.
.
Canai doh setebal 4 mm, terap dengan acuan bentuk bunga, perlahan2 gunakan hujung pisau, masukkan ke dalam paper cup kecil yang telah dialas ke dalam tin "patty". Kemaskan doh tadi.
.
Gentel2 jem sebenar duit 10 sen dan letak di bahagian tengah doh tadi, tekan sedikit biar kemas. Hias ikut kreativiti masing.
.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Menghasilkan kurang lebih 80 hingga 90+ biji tat...




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


 

0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU