Tuesday, February 28, 2017

3:55 PM

RESEPI PAVLOVA DARI KONGSI RESEPI
BAHAN - BAHAN

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

TOPPING / HIASAN

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

TIPS SEBELUM MEMBAKAR

1- Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak.

CARA - CARA MEMBUATNYA

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan.Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat ( Meringue) .

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.
6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper). Gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci.

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah.

MASA MEMBAKAR

1- Panaskan oven pada suhu 150' C.Panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas.

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.


CARA - CARA MENGHIAS

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila.
3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap.

4. Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong.

5.Sedia untuk dimakan.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU