Wednesday, May 17, 2017

2:48 PM

RESEPI KEK LAPIS TOK NAN

Saiz 8 X 8

BAHAN - BAHAN

450GM Butter
10 Biji Telur Gred A
150GM Gula Halus
170gm/ 1 Tin Kecil Seri kaya
165 Gm Horlick Asli
257 Gm Tepung Gandum
250 Susu Manis
1 Sudu Makan Ovalet
1 Sudu Teh Esen Vanilla
50gm Tepung Santan
50gm Serbut Santan
50Gm Kelapa parut Kering
100Gm Milo + 1 Sudu Makan Cokelat Filling + 2 sudu makan Browning Sugar
Pewarna Kuning Lemon
 Pewarna Merah
Plastik Pipping.


CARA - CARA MEMBUATNYA

Pukul Butter dan Gula hingga Putih
Msukkan Telur Satu per satu sehingga habis.Pukul hingga kembang
Masukkan ovellet,ersen Vanilla,Susu manis,Horlick,Serbuk Santan,Seri kaya.Pukul Sehingga Rata.
Masukkan tepung gandum.Gaul sehingga rata

MENYEDIAKAN LAPISAN
  
 Lapisan Pertama dan ketiga

Ambil 8 Senduk nasi ( 4 senduk untuk lapisan 1 dan 4 senduk lagi untuk lapisan keempat)
    dari adunan asal  dan masukkan pewarna kuning lemon dan adun rata.

Lapisan kedua

Lebihan dari adunan tadi dibahagi kepada 2  bahagian iatu bahagian hitam dan merah.

Untuk bahagian merah.Masukkan  pewarna merah kering,kelapa dan masukkan dalam plastik pipping.

Untuk bahagian hitam.Masukkan cokelat filling,Browning Sugar dan milo.Masukkan dalam plastik pipping.


CARA MEMBAKAR DAN MELAPIS

Panaskan Oven dengan suhu 150'C atau mengikut oven masing - masing.

Sediakan loyang 8 X 8 yang telah disediakan dengan kertas minyak dan Butter.

Lapisan 1

Masukkan 2 senduk bahagian kuning dan dibakar sehingga masak.Masukkan lagi 2 senduk bahagian kuning dan dibakar sehingga masak.

Lapisan 2.

Pippingkan  bermula dari bucu  loyang secara menyerong warna hitam di selang seli dengan warna merah dan dibakar sehingga masak.

Ulangi proses piping sehingga  adunan habis.dan bakar sehingga masak.

Lapisan 3

Masukkan adunan adunan kuning dan bakar sehingga masak.


Note : Lapisan pertama,gunakan api di atas dan bawah.
           Lapisan  kedua dan  sehingga habis,gunakan api di atas sahaja.
           Lapisan yang dah masak di tekan dengan penekan kek 



Sumber Rujukan : Nanenggirmia


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU