Wednesday, November 1, 2017

8:18 AM

RESEPI TELUR BISTIK

Bahan-bahan:

3 biji telur
Ayam/daging – potong dadu
1/2 biji bawang merah besar – hiris
1 biji bawang merah kecil – cincang halus
2 biji bawang putih – cincang halus
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sayur campuran (@ lobak merah dan kacang panjang – potong dadu)
Gula dan garam secukupnya

CARA-CARA MEMBUATNYA

1-Pukul telur bersama bawang yang dihiris dan sedikit isi ayam (tinggalkan sedikit ayam untuk masak kuah).

2-Tambahkan sedikit garam.

3-Goreng telur sehingga garing. Angkat dan letak di dalam pinggan besar.

4-Tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau.

5-Masukkan isi ayam. Gaul sebentar sehingga ayam separuh masak.

6-Masukkan pula kesemua sos. Tambah sedikit air kalau nak lebih kuah.

7-Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

8-Masukkan sayur campuran. Kacau sebentar. Sayur jangan terlalu layu.

9-Setelah kuah masak, tuangkan kuah ke atas telur yang di goreng tadi.

Siap dah.. Hidangkan semasa panas. Dah tak perlu lauk lain lagi dah.

CREDIT : buatoranglapo

0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU