Tuesday, February 20, 2018

11:56 PM

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

BAHAN-BAHAN

10-12 gram agar-agar (saya gunakan agar-agar bertali)
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 biji telur
3 1/2 cawan air
1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
1/2 sudu kecil garam
2-3 helai daun pandan
beberapa titik pewarna hijau
beberapa titik perasa pandan (pandan essence)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air.

2.Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.

3.Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut.

4.Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair.

5.Masak sehingga sebati.
Pukul sedikit telur bersama santan.

6.Tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.

7.Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.

8.Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.

Kredit
Page FB Aneka Resepi Masakan.

0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU