Monday, May 28, 2018

8:44 AM

RESEPI DONUT GEMOK-GEMOK  TANPA ULI

BAHAN - BAHAN

1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam 
2 sudu gula

*campurkan bahan ni dan biarkan kembang

4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Ramaskan bahan-bahan ni hingga membentuk seperti serbuk roti.

2. Kemudian campurkan yis tadi dan gaulkan sehingga rata.

3. Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas di tutup.

4. Lepas satu jam, tumbuk - tumbukkan doh tadi tuk keluarkan angin. 

5. Kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terapkan acuan anda.

* Taburkan sedikit tepung supaya doh yang telah diacuankan tidak melekat.

6. Biarkan selama 30 minit.Setelah itu barulah ianya boleh digorengkan.


Kredit Resepi
Page FB Resepi Masakan Malayu.





0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU