Tuesday, May 22, 2018

1:55 PM

RESEPI MEE HAILAM

BAHAN - BAHAN

2 bungkus mee kuning, 
(dicelur dan kemudian basuh sampai hilang kapur dan minyak. Toskan.)
500gm isi ayam atau daging
5-6 sudu besar kicap pekat manis (boleh tambah jika suka)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar lada putih serbuk (pakai cap Motokar sedap)
Sayur - sawi, kobis, jagung muda, lobak merah, tomato
Air rebusan/ Air Sup tulang ayam atau daging
1 sudu besar tepung jagung ( dibancuh dengan sedikit air )
Garam secukup rasa
Minyak untuk tumis


BAHAN KISAR

2 inci halia
1 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih


CARA - CARA MENYEDIAKAN

1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. 

2. Masukkan isi ayam atau daging. Goreng seketika sehingga daging agak keperangan untuk seal daging supaya nanti daging tak mudah hancur dan masih juicy di dalam. 

3. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kacau rata. 

4. Masukkan juga lada hitam dan lada putih serbuk. 

5. Tumis lama biar rasa kicap tu meresap dalam isi ayam.

6. Masuk air rebusan dan biar sehingga mendidih. Dah mendidih baru masukkan sayur jenis keras terlebih dahulu. 

7. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. 

8. Akhir sekali baru masuk sawi dan tomato. Boleh pecah telur kedalam kuah jika suka.

9. Hidangkan bersama mee yang dicelur.



Sumber Resepi :
 FB Eny Yusnizar Abdullah 


0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU