Tuesday, May 22, 2018

1:59 PM

RESEPI MURTABAK MAGGI

BAHAN - BAHAN

4 peket maggi - direbus mee saja
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji telur
1 batang carrot
Isi ayam dan chicken ball secukupnya
3 sudu besar tepung jagung
4 peket serbuk perisa maggi
Sedikit daun sup dan bawang

* Peket serbuk maggi jangan dibuang boleh diguna sebagai bahan perisa.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Bersihkan isi ayam serta chicken ball dan potong semua menjadi ketulan kecil . Kupas semua bawang dan diracik halus kemudian bersihkan carrot dan dipotong kecil-kecil . 

2. Bersihkan daun bawang dan sup serta diracik halus juga . Rebus mee maggi sehingga kembang dan tos kemudian ketepikan dulu .

3. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sehingga menjadi layu dan wangi kemudian terus masukkan isi ayam kacau , masukkan chicken ball , carrot , daun sup/bawang dan kacau semua bahan sehingga isi ayam masak . 

4. Masukkan sepeket serbuk perisa maggi dan kacau .

5. Masukkan semua mee maggi , tepung jagung kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau semua bahan-bahan ni . 

6. Masukkan serbuk perisa maggi secukupnya dan rasa jika kurang masin boleh la ditambah lagi serbuk perisa maggi atau bahan-bahan lain kemudian kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan rata . Fungsi tepung jagung supaya adunan mee dan bahan-bahan lain melekat .

7. Panaskan frying pan dengan sedikit minyak dan goreng murtabak ni sehingga masak . Angkat dan tos serta boleh dihidangkan .




Kredit Resepi  : 
Foodink Carteen

0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU