Wednesday, May 23, 2018

4:28 PM

RESEPI SOTONG KUKUS LIMAU

BAHAN - BAHAN

sotong
cabai melaka merah, hijau
sos ikan
limau nipis
daun ketumbar (akar sekali)
gula
bawang putih
daun pudina
lengkuas, serai


CARA MEMASAKNYA : 

1. Cuci sotong bersih-bersih

2. Potong sotong macam dalam gambar tapi jangan sampai putus

3. Susun sotong dalam bekas untuk kukus,

4. Letak lengkuas, serai (potong), akar ketumbar dan sedikit bawang putih
Letakkan atas sotong.

5. Kukus dan buka api paling kuat, dah masak buang air sotong.


CARA MEMBUAT SOS

Masuk 1 sudu besar gula, 
3 sudu besar air limau, 
2 1/2 sos ikan, 
satu ulas bawang putih dan 
cabai melaka potong. 
Kacau sehingga hancur.

6. Sos dah siap tuang atas sotong yang kita kukus tadi, 

7. angkat dan taburkan daun ketumbar dan daun pudina hias dengan potong sedikit limau nipis2 letak atas.

Kredit Resepi : 
Page FB Resepi Viral Terbaik


0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU