Monday, May 21, 2018

11:35 AM

RESEPI WAJIK (PULUT MANIS) YANG SANGAT MUDAH

BAHAN - BAHANNYA

Pulut 500 gram (gm)
Santan 400 gm (1 bungkus sederhana)
Gula kabung 2 buku
Daun pandan
Gula pasir (gula putih)


CARA - CARA MEMBUATNYA : 

1. Pulut 500 gm ditanak biasa. *pulut tu nak kukus pun boleh

2. Masukkan santan 400gm + daun pandan 2 helai + gula putih 1 cawan + gula kabung 2 buku ke dalam kuali. Kemudian kacau sehingga sebati semua.

*Pasang api kecik sahaja semasa kacau ni.
*Daun pandan  sebagai pewangi.

3. Apabila telah sebati semua, masukkan pulut yang telah ditanak tadi ke dalam adunan sebati tersebut.

*Sebelum masukkan pulut, boleh rasa adunan tersebut manis ke tidak. Jika kurang manis, boleh tambah gula kabung & gula putih lagi ke dalam adunan tersebut & kacau sehingga sebati.

4. Kemudian kacau sehingga sebati, likat dan pekat.

Siap!

Sumber Resepi : 
Sayudah Napisah

0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU