Monday, May 28, 2018

8:38 AM

RESIPI KUIH PUTERI AYU RAUDHAH 



BAHAN BUTTER

2 biji telur gred A
150 gm gula halus 
1 sudu kecil ovalette
100 ml pati santan
60 ml jus pandan(kisar 5 helai Daun pandan dgn air,tapis)
180 gm tepung gandum
3 sudu kecil tepung ubi kayu
Beberapa titis pewarna hijau

CARA MEMBUATNYA

1. Putar telur, ovalette dan telur menggunakan mixer sehingga kembang dan gebu.

2. Masukkan santan,jus pandan dan tepung secara berselang seli,putar dgn kelajuan yang pelahan.

3.tambah pewarna hijau( ikut citarasa ) . Gaulkan sehingga sebati.


BAHAN TOPPING:-

2 cawan kelapa parut putih
3 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil garam

** Satukan , gaul sebati semua bahan dan ketepikan.


CARA PENYEDIAAN

1 Panaskan periuk kukusan. Sediakan acuan puteri ayu dan sapu dgn minyak.

2 Ambil 1 sudu besar bahan topping kemudian tekan dan padatkan dalam acuan. ulang hingga habis.

3.Kemudian Tuangkan bahan butter sehingga penuh acuan

4. Kukus Selama 20 minit, Sejukan dan keluarkan dari acuan.

5. Siap.


Sumber Resipi :
 @surianti_kitchen
@rosehayatie_


0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU